Friday, 8 July 2011

AGAMA ISLAM

Islam (Bahasa Arab: الإسلام; al-'islām ; disebut: [ɪs.ˈlaːm]) (aslama = أسلم, yuslimu = يسلم, islaman = اسلاما) ialah agama samawi yang terkandung dalam al-Quran, yang dianggap penganutnya sebagai kalam Allah (Arab: الله‎, Allāh), kata demi kata, serta ajaran dan contoh normatif nabiNabi Muhammad s.a.w., seorang tokoh politik dan keagamaan Arab abad ke-7. Perkataan Islam[1] Seorang penganut Islam dikenali sebagai Muslim, bermaksud "seorang yang tunduk [kepada Allah]".[2][3] terakhir bermaksud "penyerahan", atau penyerahan diri sepenuhnya kepada Allah.
Muslim percaya bahawa Allah itu Esa dan tujuan hidup ialah untuk menyembah Tuhan.[4] Muslim juga percaya bahawa Islam merupakan versi lengkap dan sejagat kepercayaan monoteistik ajaran Nabi Ibrahim a.s., Nabi Musa a.s., Nabi Isa a.s., dan lain-lain nabi. Nabi Muhammad s.a.w. bukanlah pengasas agama baru, sebaliknya menjadi pemulih keimanan monoteistik ajaran nabi-nabi terdahulu. Tradisi Islam menegaskan bahawa agama Yahudi dan Kristian memutarbalikkan wahyu yang Allah berikan kepada nabi-nabi ini dengan mengubah teks atau memperkenalkan tafsiran palsu, atau kedua-duanya.[5]
Amalan keagamaan Islam termasuklah Rukun Islam, yang merupakan lima tanggungjawab yang menyatukan Muslim ke dalam sebuah masyarakat.[6] Selain itu, terdapat syariat Islam (شريعة, syari'ah) yang menyentuh pada hampir semua aspek kehidupan dan kemasyarakatan. Tradisi ini meliputi segalanya dari hal praktik seperti hukum pemakanan dan perbankan kepada jihad dan zakat.[7]
Hampir kesemua Muslim tergolong dalam salah satu dari dua mazhab terbesar, Sunah dan Syiah.[8][9][10]Afrika dan Timur Tengah, serta di sebahagian besar Asia. Komuniti besar juga ditemui di China, Semenanjung Balkan di Eropah Timur dan Rusia. Terdapat juga sebahagian besar komuniti pendatang Muslim di bahagian lain dunia, seperti Eropah Barat. Sekitar 20% Muslim tinggal di negara-negara Arab,[11] 25% di Asia Selatan dan 13% di Indonesia, negara Muslim terbesar mengikut populasi.[12] Terdapat sekitar 1.57 bilion Muslim, atau 23% penduduk dunia, menjadikan Islam agama kedua terbesar di dunia, selepas Kristian,[13] dan boleh dikatakan agama yang berkembang paling pesat di dunia.[14][15][16][17][18] Islam adalah agama paling berpengaruh di

1 MURID 1 SUKAN

Larian 1 Murid 1 Sukan SMK Datuk Peter Mojuntin telah berlangsung dengan jayanya pada 2 Julai 2011 bermula jam 7.00 pagi sehingga jam 9.00 pagi. Acara dimulakan dengan ucapan dari Pn. Pengetua dan senaman regangan. Larian dilancarkan oleh  Pengetua di pintu pagar utama sekolah.

ROKOK

Rokok adalah silinder dari kertas berukuran panjang antara 70 hingga 120 mm (variasi bergantung kepada negara) dengan diameter sekitar 10 mm yang berisi daun-daun tembakau yang telah dicacah. Rokok dibakar pada salah satu hujungnya dan dibiarkan membara agar asapnya dapat dihirup melalui mulut pada hujung yang lain.
Terdapat dua jenis rokok, iaitu rokok yang bertapis dan tidak bertapis. Rokok yang bertapis dibuat daripada bahan busa serabut sintetik yang berfungsi untuk menyaring nikotin.
Rokok biasanya dijual dalam bungkusan berbentuk kotak atau kemasan kertas yang dapat dimasukkan dengan mudah ke dalam kantung. Kebelakangan ini, bungkusan-bungkusan tersebut juga umumnya disertai dengan pesanan kesihatan yang memperingatkan perokok akan bahaya kesihatan akibat merokok, misalnya kanser paru-paru atau serangan jantung.
Manusia terawal di dunia yang merokok adalah suku bangsa India di Amerika. Mereka merokok untuk memuja dewa atau roh. Pada abad 16, ketika bangsa Eropah menemukan benua Amerika, sebahagian dari para penjelajah Eropah terikut untuk menghisap rokok dan kemudian membawa tembakau ke Eropah. Kemudian kebiasaan merokok mulai muncul di kalangan bangsawan Eropah. Berbeza dengan bangsa India yang merokok untuk keperluan pemujaan, orang Eropah merokok hanya untuk kesenangan semata-mata. Pada abad ke-17 para pedagang Sepanyol membawa masuk rokok ke Turki dan mulai saat itu, ia terus menular ke negara-negara Islam.

PANTUN ROKOK

 YANG SEBENAR 
 AYAM BERKOKOK DI ATAS BATANG,
BAK ROKOK SEBATANG,
 AYAM BERKOKOK DI ATAS TITI,
NAK ROKOK BELI SENDIRI

YANG DIUBAH
AYAM BERKOKOK DIATAS BATANG,
  SAPA HISAP ROKOK  PENYAKIT  DATANG,
AYAM BERKOKOK DI ATAS TITI,
  SAPA HISAP ROKOK CEPAT MATI,



Sunday, 3 July 2011

KEKUASAAN ALLAH

                                                                      GILER DIE

ANTI DADAH


                                  
Dadah ialah bahan yang digunakan untuk merawat penyakit, mengurangkan simptom atau mengubasuai proses kimia di dalam badan untuk tujuan-tujuan tertentu. Walau bagaimanapun, bukan semua bahan yang dimakan dianggap dadah/drug. Misalnya, makanan yang dimakan secara normal tidak dianggap sebagai dadah melainkan makanan tersebut diambil khas untuk tujuan tertentu (contohnya kafeina sebagai perangsang).
Oleh sebab perkataan 'drug' dipinjam daripada bahasa Inggeris, perkataan ini membawa banyak maksud. Perkataan 'drug' lebih banyak digunakan dalam bidang farmasi dan perubatan (iaitu ubat), manakala perkataan 'dadah' membawa imej yang lebih negatif iaitu ketagihan